surfme61 shared a photo from Flipboard

Alvin Tan mendedahkan kepada koresponden CNA melalui akaun Facebook peribadinya yang disahkan wartawan penyiaran itu, "Saya kini sibuk memulakan hidup baru (di Amerika Syarikat) selain menanti perbicaraan akhir permohonan suaka saya. Saya di sini untuk mencari perlindungan politik daripada kezaliman Umno – semudah itu." Katanya, beliau mula-mula memohon suaka politik daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat pada bulan Mei susulan pembikinan sebuah dokumentari di Singapura. Alvin begitu akin Amerika Syarikat akan meluluskan permohonannya. Sekiranya tidak, beliau tiada pilihan lain kecuali terus memuat naik "bahan berunsur hasutan" di Internet bagi menguatkan kesnya. "Jabatan Negara AS mengeluarkan Laporan Hak Asasi pada 2013 tentang Malaysia yang dengan jelas menyebut kes saya adalah penindasan hak bersuara di Internet," katanya kepada CNA. "Kalau semuanya gagal, saya dengan senang akan muat naik lebih banyak bahan berunsur hasutan pada laman Facebook saya untuk 'mengejek' pihak berkuasa dan buat mereka marah dan kejar saya lagi. Ini akan mewujudkan ketakutan lebih berasas tentang penganiayaan politik di negara ini dan menguatkan lagi tuntutan saya," katanya. Kebebasan yang melampau dan tidak bertepi. Bwgitu sekali mengugut dan menempelak tangan yang memberi kemakmuran. Akta Hasutan 1948 mesti dikekalkan. Malah perlu ditambahbaik dan digubal Akta Derhaka sebagai mengekang suara2 sumbang dirasuk pengaruh luar. - See more at: http://flip.it/lfsjY

surfme61 Via Flipboard
This image was shared from Flipboard, a fast, beautiful way to flip through the news, photos and updates your friends are sharing on Facebook, Twitter, Flickr, Google+ and Instagram.
Free Download! App Store Badge